Sunday 19 October 2014

takdir itu bukan milik kita mungkin

Tak lama lagi,aku bakal menempuh fasa baru dalam hidup aku iaitu menjadi seorang yang bekerjaya mungkin.Aku sebenarnya tak kisah dalam memilih pekerjaan sebab aku nak pengalaman yang berharga dan bermakna dalam hidup aku.Juga,aku amat berharap supaya aku dapat melupakan kisah-kisah sedih aku yang dah berlalu tu.Aku sebenarnya mahukan kehidupan yang bermakna dan mahu jadi sesibuk yang mungkin supaya aku boleh melupakan kesedihan yang masih melanda diri ini.
Kadang-kadang aku rasa serba salah sebab aku telah buat keputusan untuk putuskan hubungan dengan dia.Namun hakikatnya aku tak mampu nak menyayangi dirinya lagi dan tak mahu berpura-pura dalam mezahirkan perasaan itu.Berpura-pura mencintai seseorang itu sama saja seperti menipu diri sendiri apatah lagi jika dia mengetahui hal yang sebenarnya.Aku sebenarnya tak sanggup hendak melihat dia kesedihan serta menanggung perit yang amat pedih disebabkan perbuatan aku sendiri.Aku pun tidak tahu mengapa aku bertindak begitu dan bertekad untuk putus.Nampaknya aku memang lemah dalam mempertahankan cinta kepada manusia apatah lagi menegakkan cinta kepada Allah.

Kenapa aku mudah sangat lemah dan sakit hanya kerana seorang lelaki?Namun aku tak dapat nak mengelak dari kebenaran yang sebenarnya aku telah suka pada seseorang.Dan aku bukan putuskan hubungan dengan dia sebab aku suka pada orang lain.Memutuskan hubungan adalah cara terbaik untuk mencari kematangan diri dan ruang untuk berfikir serta menguji sebanyak mana cinta kita pada seseorang.Aku tak boleh menyukai dua orang pada masa yang sama.Aku tak boleh menipu dia kalau aku menyukai orang lain.Walaupun perasaan itu hanyalah suka semata-mata,tapi ia memberi kesan yang mendalam pada diri aku tanpa aku sedari.Aku memang tak sangka aku akan serapuh ini untuk menangis dan merindui seseorang lelaki itu.Aku sudah cuba sekuat yang boleh untuk melupakan dia tapi aku tak tahan untuk menanggung derita itu.Nama,wajah dan segalanya mengenai dia pasti menyelinap di ruang fikiranku dan aku tak dapat nak menhalangnya.Kenapa aku tak boleh nak mendapatkan apa yang aku nak?Dan kenapa susah sangat aku nak lupakan dia?Kenapa dia meninggalkan kesan yang mendalam dalm diri aku?

Selepas ini,aku mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap hidup aku dan masa depan aku.Aku mahu belajar apa yang aku mahu dan minat dan buat semua benda yang aku ingin buat dalam hidup aku.

Setelah bermacam macam kepedihan dan kesedihan yang aku lalui,aku mahu lupakan semua itu walaupun susah dan sukar.Aku juga harus menerima segala ketentuan Allah kerana mungkin satu hari nnati Allah akan mengurniakan kebahagiaan yang aku inginkan.Amin.

Friday 13 September 2013

Broga hills

Pada hari kemerdekaan yang lepas iaitu pada 31 ogos 2013,aku dan membe-membe pakwe aku telah mendaki bukit Broga....wehooooo.Aku rase itu adalah pengalaman yang menyeronokkkan dan paling best sekali dalam hidup aku sebab aku tak pernah pun naik bukit Broga tu.PEerrrgh penat giler weyh....mase separuh jalan tu aku da nak pengsan d...xpi lepas je minum air da ok cikit .tapi tula sebelum naik bukit tu pastikan kita tak makan apa2 kecuali gula2 or coklat sebab nanty boleh muntah.
sebenarnya memang Broga tu lawa sangat2.Aku naik start pukul 5.30 pagi dan sampai nak dekat kol 7 pagi.Jadi dapatla tengok matahari terbit...Best300x.
Jadi aku nak berterima kasihla sebab membawa aku ke Bukit Broga.aku memang sangat2 terharu kerana dia sudi bawa aku ke sana.Sebab tu la aku sayang bangat sama dia...hehehe

Thursday 5 September 2013

BROGA hills

hai saya yam...hehe
k rasenye da lme tak menulis blog.
sebenarnya akhir-akhir ni aku agak busy sikit sebab banyak sangat kerja and test yang sangat melambak.nak wat macam mane kan dah name pon student.lagipun dah nak dekat final ni.terpaksela berhempas pulas demi mencapai pointer yang diingini.
then,mase 31 ogos yang laluaku telah pergi ke bukit broga...weehooo.seronok....pengalaman yang amat menyeronokkan.aku memang tak pernah panjat bukit sebelum ni...so mmg best la even penat yg teramatnye...
mase tgh naek bukit tu,aku da nk pengsan da,tapi lepas benti kejap and minum air,da ok balek and dapat naek ke puncak broga dgn selamatnya.

Monday 29 July 2013

Dua minggu je lagi nak raya...

sekarang ni tinggal 2 minngu je lagi nak raya dan aku pula masih lagi di UITM Kuala Pilah ni...hmmmmmmmm
Kenapalah aku masih ada di sini lagi.sangat membosankan rutin hidup kat sini.Hari-hari kena pergi lab dan buat projek bio300 yang tak habis-habis lagi tu.Hari jumaat ni pula aku ada test bio300 jugak.Adoiii...penatnya.
Tapi yang menggembirakan ialah aku akan balik pada hari jumaat ni...yeaaaahhhh...seronok sangat-sangat.
Dah tak sabar nak balik kampung dan nak buat kuih raya yang sedap-sedap.seronok nye...dah macam upin -ipin dah aku ni.aku da tak larat nak duduk kt kuala pilah ni lama-lama.dah homesick da ni,ari-ari rasa nak nanges je...huahauahuaahuaa.....


Saturday 27 July 2013

HARI RAYA!!!!!!!!

haaaaaaaaaa.tak lame lg nk raya.lagi 2 minggu je la.aku rase da x sabar nak raya.....sebab hari raya adalah hari yg membahagiakan dalam hidup aku.....sebab mase ni ade banyak makanan yg sedap2 belaka...contohnya seperti rendang, ketupat, kuah kacang,sambal udang,sambal sotong dan kuih2 raya.perrrrrgh  mmg tak gemok pulak aku mase tu kan?Then, mase tu jugakla kita boleh saling bermaaf-maafan sesama kita..

Pastu part yang aku paling aku suka sekali ialah time pasang pelita dan main mercun...hahahaha.Biasanya kita akan pasang pelita atau pun kita panggil malam tu ialah malam tujuh likur.Pada malam tujuh likur,kita akan pasang pelita sekeliling umah kita pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.Mak aku cakap sepuluh malam terakhir tu kena pasang pelita sebab ada malam lailatul qadar dan malaikat turun.tulah yg mak aku cakap dari dulu lagi kalo time bulan pose ni.
Aku ingat lagi mase kecik2 dulu,mak aku akan amek batang buluh dekat area umah aku tu sbb nak pasang pelita.lepas cantas buluh tu,mak aku akan buang dia punya bulu2 dan miang buluh dekat batang buluh tu.pastu barulah cacak kan buluh tu lepas dah ketuk paku kt atas buluh.then,petang tu aku akan pegi kedai pak mat and beli minyak tanah.Haa...malam tu,lepas je bukak pose family kitorang terus pasang pelita.Cantik sangat pemandangan cahaya lampu pelita lagi2 rumah aku mase tu kat tengah sawah.Memang seronok cgt kenangan mase kecik2 dulu nak raya.

Aku ingat lagi,mase kalo nak dekat raya,mak aku dah ciap2 beli daun ketupat dan barang2 persiapan raya yang lain.kitorang mmg setiap taun buat ketupat daun.Kadang-kadang mak aku campur dengan ketupat segera jugak.Tapi tu dulu la,mase mak aku larat lagi.skang kitorang makn ketupat segera je(tapi tak sedap mcm ketupat daun).Bila mak aku da siap anyam ketupat tu,dia akan tutup ketupat tu dengan kain lembap coz nak bagi ketupat tu fresh.Bila nak masak ketupat tu,mak aku basuh ketupat tu and masukkan beras.Pastu panaskan periuk tu,kalo boleh luar periuk tu sapu cikit dengan sabun,takdela nanti hitam legam.Mase tu kitorang masak ketupat tu originally pakai kayu api....xdela kayu api cgt,juz mak aku letak sabut kelapa and kayu2 yang da tak pakai and pelepah kayu sekali untuk buat dapur kayu tu.Sebenarnya lagi sedap masak traditional ni,lagi rase keasliannya dan rase daun kelap tu.
Yang bestnya aku yang jage api ketupat tu sementara mak aku masak kuah kacang kat dapur.Tapi kenangan yang tak boleh aku lupa bila mak aku buat pulut panggang guna dapur api gak mase raye.memang sedap glerla.

Namun sekarang mak aku da tak larat nak masak,so tak dapatla aku nak merase air tangan mak aku lagi.Air tangan ibu memang tiada bandingan.Tetiba rase cedey pulak sebab aku skang memang tengah homesick pun.kalo tengok iklan raye konfem2 nanges abes.

p/s:mak,orang rindu mak cgt2,mak jaga diri leklok taw,nanty minggu depan orang balik umah,kita raye same2 taw and kita tengok kubur ayah ye........Mak,org minta ampun kat mak dari hujung ramput sampai hujung kaki.mak,selamat hari raya.



Saturday 29 June 2013

salam....
rasanya dah lama da tak update blog aku ni...sekarang aku rasa sgt kebosanan sikit dan penat kemain tau...
sebabnya hari jumaat hari tu aku naik bas dari pilah ke seremban.then,nak ambil bas ke kl dan dari kl-klang...
malangnya bila dah sampai seremban,bas skskl tak muncul2 hampir setengah jam macam tu lah...
so,masa tu memang dah lambat sangat nak balik klang.seremban-klang dalam 2 jam lebih kot...
terpaksala ambil bas yang lain dan tidur semalam dekat rumah akak aku kt kl...sebaek ada sedare gk kat kl...kalo tak memang tak balek umah la hari tu...sabar jela...
aku sampai dekat umah akak aku dekat2 pukul 8 cam tu la...penat nye ya ampun tahu jelah...
dah la malam kelmarin tido lambat coz buat proposal....pastu kena balek ummah nek bas lrt bagai...
heiiii.....ari ni barula aku sampai umah yg tersyg kt klang ni...esok ari ahad da pagi2 balek kuala pilah......mcm x berbaloi je balek...dapat penat adalah....

tu je dapat aku coretkan...sebab da mlz cgt ni...k bye tata

Thursday 6 June 2013

DIARI cik YAm

salam...wah nampaknye da lame aku tak membebel kat sini....well xde idea nak cakap pasal ape sebenarnya...otak pon blur je..yelah cuti sem sampai dua bulan tak wat pape...mane tak tingtongnye kepala aku ni....dan dalam mase dua bulan ni...aku byk habiskan mase kt kg a.k.a umah makcik aku....yelah umah lme aku da lme ditinggalkan...umah makcik aku iaitu mak anjang aku jela aku boley balek an....

nak dekat sebulan kt umah makcik aku tu, dkt area tanjung karang,aku sebenarnya x wat pe cgt.just pegi kenduri kendara dan mkn masakan org-org jawa kat sini...sodap tak terkate...bagi aku masakan org jawa mmg uuummph level 5 star....makan sekali nak lagi...dahla aku ni kaki makan..mmg sesuai...

dalam aku bersenang lenang kt kg tu,aku sempat gak tolong jge kejap anak sedare aku yg tersyg tu iaitu ain dan ainul.Dorang ni mmg nakal giler...kejap2 kusyen sofa terbalek...mainan bersepah..air tumpah...makan pon sepah2...tu xpe ag...tapi kalo bab mandi yg tak tahan tu...siap simbah aku ngan air.hei abes basah bju aku...

Yang bestnya,aku dapat gak blaja pakaikan pampers, buat susu,layan budak-budak and macam2 ag yg kita org buat.Contohnya,buat gwiyomi,melukis,mewarna dan makan gula2..hahahaha.mmg best budak2 ni walaupun dorang ni nakal2 belaka....bile tgk dorang ni,aku terpikir lak mcmne la mak aku jge aku mse kecik2 dulu..aku ni mmg da nakal dari kecik dlu...kecian mak aku....hmmmmmm...sayang mak cgt2...hehe

Aku tetibe teringat pulak kenangan waktu kecik2 dulu...mmg seronok cgt dan indah.....sebab mase tu tak yah pkir pape...main,berangan,tgk kartoon,men basikal,men nyorok2,men batu seremban,dan mengacau mak wat keje.....hahahahahahahahahahaha
Tak same mcm sekarang ni,umur da 20tahun,da kena pkir pasal blaja,ijazah,master,kerja,kahwin,rumah sewa,pnjman ptptn,kumpul duet nak kawen lagi(kawin je taw..hahaha).....

well apa pun Dont afraid with your future,lets you lead your life....(go go For Your Life!!!!)