Sunday, 19 October 2014

takdir itu bukan milik kita mungkin

Tak lama lagi,aku bakal menempuh fasa baru dalam hidup aku iaitu menjadi seorang yang bekerjaya mungkin.Aku sebenarnya tak kisah dalam memilih pekerjaan sebab aku nak pengalaman yang berharga dan bermakna dalam hidup aku.Juga,aku amat berharap supaya aku dapat melupakan kisah-kisah sedih aku yang dah berlalu tu.Aku sebenarnya mahukan kehidupan yang bermakna dan mahu jadi sesibuk yang mungkin supaya aku boleh melupakan kesedihan yang masih melanda diri ini.
Kadang-kadang aku rasa serba salah sebab aku telah buat keputusan untuk putuskan hubungan dengan dia.Namun hakikatnya aku tak mampu nak menyayangi dirinya lagi dan tak mahu berpura-pura dalam mezahirkan perasaan itu.Berpura-pura mencintai seseorang itu sama saja seperti menipu diri sendiri apatah lagi jika dia mengetahui hal yang sebenarnya.Aku sebenarnya tak sanggup hendak melihat dia kesedihan serta menanggung perit yang amat pedih disebabkan perbuatan aku sendiri.Aku pun tidak tahu mengapa aku bertindak begitu dan bertekad untuk putus.Nampaknya aku memang lemah dalam mempertahankan cinta kepada manusia apatah lagi menegakkan cinta kepada Allah.

Kenapa aku mudah sangat lemah dan sakit hanya kerana seorang lelaki?Namun aku tak dapat nak mengelak dari kebenaran yang sebenarnya aku telah suka pada seseorang.Dan aku bukan putuskan hubungan dengan dia sebab aku suka pada orang lain.Memutuskan hubungan adalah cara terbaik untuk mencari kematangan diri dan ruang untuk berfikir serta menguji sebanyak mana cinta kita pada seseorang.Aku tak boleh menyukai dua orang pada masa yang sama.Aku tak boleh menipu dia kalau aku menyukai orang lain.Walaupun perasaan itu hanyalah suka semata-mata,tapi ia memberi kesan yang mendalam pada diri aku tanpa aku sedari.Aku memang tak sangka aku akan serapuh ini untuk menangis dan merindui seseorang lelaki itu.Aku sudah cuba sekuat yang boleh untuk melupakan dia tapi aku tak tahan untuk menanggung derita itu.Nama,wajah dan segalanya mengenai dia pasti menyelinap di ruang fikiranku dan aku tak dapat nak menhalangnya.Kenapa aku tak boleh nak mendapatkan apa yang aku nak?Dan kenapa susah sangat aku nak lupakan dia?Kenapa dia meninggalkan kesan yang mendalam dalm diri aku?

Selepas ini,aku mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap hidup aku dan masa depan aku.Aku mahu belajar apa yang aku mahu dan minat dan buat semua benda yang aku ingin buat dalam hidup aku.

Setelah bermacam macam kepedihan dan kesedihan yang aku lalui,aku mahu lupakan semua itu walaupun susah dan sukar.Aku juga harus menerima segala ketentuan Allah kerana mungkin satu hari nnati Allah akan mengurniakan kebahagiaan yang aku inginkan.Amin.