doa supaya rajin solat
[40] Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang
yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan
kami, perkenankanlah doa permohonanku.
[41] Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku
dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa
berlakunya hitungan amal dan pembalasan.
[42] Dan janganlah engkau (wahai Muhammad)
menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim;
sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang
padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat
keadaan yang berlaku).
[43] (Dalam pada itu) mereka terburu-buru
(menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan
mata tidak berkelip dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan
cemas).


No comments:
Post a Comment